Wednesday, 24 June 2015

Kepentingan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kehidupan


Hai kawan-kawan semua, saya nak kongsi sedikit ilmu tentang kepentingan ICT pada zaman sekarang. Selamat membaca ye.


Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.  Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung.Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.
1.      Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur.  Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Negara kita akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini.
2.      ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu ada yang merujuk  keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya sebarang bencana.
3.      ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan.  Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya.
4.      ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah.  Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh.
5.      ICT juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, hal ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja.

Akhir sekali, langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat bagi menaikkan nama negara Malaysia sehingga  ke pentas dunia.








7 comments:

  1. Pengetahuan tentang bidang ICT adalah satu keperluan pada masa kini yang perlu semua orang tahu..banyak info yang boleh didapati dgn cepat dan terkini jika seseorang itu pintar dalam bidang ICT

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan pendapat saudari . segalanya hanya dihujung jari saja pada masa kini . kita sebagai pengguna harus bijak menggunakan teknologi Dan komunikasi kearah kebaikan .

    ReplyDelete
  3. Saya seronok membaca artikel di atas kerana saya sangat bersetuju dengan pandangan tersebut. Semua orang perlu peka dengan perkembangan yang pesat kini agar tidak ketinggalan.

    ReplyDelete
  4. Saya seronok membaca artikel di atas kerana saya sangat bersetuju dengan pandangan tersebut. Semua orang perlu peka dengan perkembangan yang pesat kini agar tidak ketinggalan.

    ReplyDelete
  5. Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan Kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari.

    ReplyDelete
  6. Salam. ICT memang amat penting pada zaman sekarang ini. Saya amat bersetuju dengan pendapat dan pandangan anda. namun ianya haruslah digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. "katak di bawah tempurung" pepatah yang sememangnya tepat bagi menggambarkan betapa tidak keterbukaannya pengetahuan seseorang. sebenarnya saya juga adalah terdiri daripada golongan ini. dek kerana assignment ini berkisahkan blog, maka keluarlah saya dari tempurung melihat dunia luar. terima kasih.

    ReplyDelete